kadang-kadang perasaan ini memang sukar untuk kita tafsirkan.tetapi jujur saya katakan pada saat ini jiwa saya kosong,entah hilang kemana.kerana LELAKI saya berasa jiwa ini mati bersama-sama kenangan.memang betul lah orang selalu cakap memang susah untuk melupakan orang yang kita sayang,begitu juga saya.dalam hal sebegini saya cuba untuk melupakan 'lelaki' itu biarpun pahit yang harus ditelan.inilah yang dikatakan lumrah kehidupan,dan hadapi dugaan itu sebaik-baiknya.saya tidak pernah menyalahkan sesiapa di atas perkara yang telah terjadi.namun saya redha di atas suratanNya.walaupun saya sering nampak tersenyum namun jauhh di sudut hati saya sedang menderita dan sangat sedih.sungguh,saya tak mampu untuk menghadapiNYA.
Demi ibu,abah dan juga masa depan saya,kini saya bangkit semula untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.saya tidak akan pernah membiarkan hanya kerana seseorang lelaki semua nya menjadi hancur.NEVER!
saya pernah dikecewakan dan saya tidak akan membiarkan lagi perasaan saya sebegini.saya harus menjadi kuat.dalam masa yang sama juga,ALLAh lah tempat saya mengadu segala-galanya.entah kenapa selepas sahaja bersujud kepadaNya tiba-tiba jiwa ini menjadi semakin sebak dan jiwa menjadi tenang sangat.alhamdulilah kini saya lebih tabah dalam mengharungi liku kehidupan.saya berserah di atas segala takdirNya.saya masih muda dan perjalanan masih jauh,saya tidak akan mensia-siakannya.insyaallah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan