Khamis, 25 Ogos 2011

luahan hati..

 assalamualaikum peeps.

tinggal lagi beberapa hari je lagi seluruh umat islam di dunia akan menyambut ketibaan syawal.tetapi,sayu dan hiba apabila ramadan akan berakhir tidak lama lagi.semoga allah memberkati segala ibadah yang telah kita lakukan.amin.

tetibe hati ini terpanggil untuk meluahkan segala perasaan yang telah sekian lama terpendam di dalam hati yang kecil ini.ya allah,dugaan apakah ini yang sedang aku lalui.betapa pahitnya untuk aku hadapi semuanya ,kerana aku ini hanya hambamu yang kerdil dan hanya mengharapkan keredhaan daripada NYA .


di sini , aku hanya mahukan keikhlasan daripada teman-teman ku.itu sudah cukup membuatkan aku merasa diri ini dihargai.aku bukanlah insan yang memilih untuk berkawan dengan orang yang berharta,berpangkat.bagi aku itu semua tidak menjamin sesuatu perhubungan yang ikhlas.sejujurnya,aku sedih dengan apa yang berlaku di antara kita sekarang ini wahai sahabat.janganlah biarkan ada di antara kita yang terluka dan di sakiti.ingatlah,ini merupakan tahun TERAKHIR kita bersama :( selepas ini tiada lagi gelak ketawa ,gurauan yang akan kedengaran.pastinya kita akan merindui di antara satu sama lain . selepas ini,hanya sendu tangisan yang akan menemani aku apbila teringat semula kenangan2 kita .ya , allah sedihnya :(
macam mana aku mahu menghadapi saat sebegini,sedangkan aku sayang sangat pada kalian dan kenangan kita.wahai sahabatku,sementara masih ada tinggal beberapa bulan lagi ini,jangahlah simpan perasaan dendam,hasad dengki di antara kita.aku tidak pernah menyalahkan kalian.aku sedar bahawa kita semua manusia biasa dan sering melakukan kesalahan.marilah wahai sahabat,kita saling bermaafan dan memberikan sokongan sesama kita.insyaallah tuhan akan memberkati.

sejujurnya,aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku anugerah yang tidak terhingga iaitu sahabat seperti kalian.aku tidak pernah menyesali kerana mengenali dan berkawan dengan kalian.jauh disudut hati ini untuk membenci kalian.seribu keampunan ku pinta andai aku menyakiti hati kalian .aku sayang kalian semua.aku hanya berharap dan berdoa agar kita dapat menjadi satu keluarga yang bahagia.aku juga berdoa agar kalian dapat menempuhi hidup yang akan datang dengan hati yang tenang.amin .


                                                 
                                             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan